KUALA LUMPUR APARTMENT.COM

Kemudahan Sekitar Apartment


            Kemudahan awam seperti pengambilan anda dari stesen, bank, teksi, bas, sewa kereta pandu sendiri, monorail, kedai runcit dan kedai makan amat mudah didapati di Apartment Kuala Lumpur kami.


PENGAMBILAN / PENGHANTARAN ANDA KE / DARI STESEN

Kuala Lumpur Apartment.com dan sewakereta.com menyediakan kemudahan pengambilan anda dan kumpulan anda dari stesen atau kawasan tertentu dengan caj yang sangat berpatutan seperti berikut:

Komuter Seputeh : RM5                                 LCCT / KLIA        : RM 80

KL Central            : RM10                               Puduraya            : RM15

Stesen Putra        : RM20                               Jalan Duta           : RM 20

Untuk makluman kadar di atas adalah bagi sebuah kereta dengan jumlah penumpang tidak melebihi 4 orang.

 

SEWA KERETA PANDU SENDIRI

Kuala Lumpur Apartment.com juga menyediakan kemudahan sewa kereta pandu sendiri. layari link berikut:  SEWA KERETA KUALA LUMPUR

 

BAS DAN TEKSI

Bas stop atau perhentian bas hanya terletak kurang 100 meter dari apartment ini. Jalan Syed Putra pula merupakan laluan utama kebanyakan bas seperti Rapidkl bas dan metro bas yang beroperasi di perhentian bas Klang (berdekatan pasar seni). Boleh layari http://rapidkl.com.my/ untuk laluan bas dan tren lrt di kuala lumpur.

 

 

 

 

 

 

 

Amat mudah mendapatkan teksi di apartment kuala lumpur kami. Jarak ke perhentian teksi hanya 100 meter dengan purata kekerapan teksi kurang dari 5 minit pada waktu siang dan kurang dari 10 minit pada waktu malam.

Tambahan pula kedai makan di bawah apartment ini memang menjadi tumpuan pemandu teksi dan juga polis dari Ibu Pejabat Daerah(IPD) Polis Brickfield. Dengan teksi bermeter anggaran tambang teksi ke KL central(RM5), Mid valley (RM4) dan puduraya(RM5).

 

MONORAIL

Kuala Lumpur Apartment.com menyediakan kemudahan sewa apartment yang berhampiran dengan Monorail stesen Tun Sambanthan (lebih kurang 700 meter). Anda boleh ke stesen monorail tersebut dengan teksi atau berjalan kaki kurang 15 minit sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan perjalanan KL monorail, sila klik di bawah

KL MONORAIL APARTMENT KUALA LUMPUR

 

KEMUDAHAN MESIN ATM

ATM Agro Bank dengan kemudahan bankcard terletak di Wisma belia hanya terletak 50 meter dari apartment ini.

 

KEDAI RUNCIT

Terdapat mini market bernama Happy Store berdekatan apartment ini.

 

RESTORAN

Di sekitar apartment Kuala Lumpur terdapat 3 kedai makan yang halal dan baik mutunya. Dibuka seawal jam 6.30 pagi hingga 1 pagi dengan pelbagai sajian makanan seperti nasi lemak, roti canai, nasi berlauk, masakan panas dan kuih muih. Selain itu, terdapat juga restoran belia di wisma belia.

Antara tempat makan menarik yang berdekatan ialah Restoran Tupai-Tupai (4km), ikan bakar Jalan Bellamy sebelah istana negara (3km), perbagai restoran di Mid Valley (2km) dan banyak lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PARKING

Kuala Lumpur Apartment.com menyediakan kemudahan sewa dengan tempat parking yang sangat mudah dan selamat.

copyright sewa apartment kuala lumpur